Jom Berdakwah

Tuesday, 22 July 2014

Sahabat.Ohh.Sahabat.

Salam akhir Ramadan.
Akhir atau terakhir?
***Izinkan saya sentuh sedikit tentang bab yang tak berkait dengan tajuk.(suka hati hang laa,hang yang tulihnyo...) Amboi.Hang.
Beza antara akhir dan terakhir neh sangat jelas.Jika kita lihat,perkataan 'akhir' bukan bererti yang 'terakhir'. (Haa,kasi pening sikit...) Awak faham maksud saya???Ok,ramai yang geleng kepala.
Begini konsepnya.'Akhir' ada kemungkinan bukan yang terakhir kali dan mebi kita masih berpeluang berjumpa dengannya lagi.
Namun,bila 'terakhir' maka maknanya peluang untuk bertemu lagi adalah kosong,yelle,zero! +++Khas untuk dalam konteks Ramadan laa.
Berbalik kepada tajuk kita. Bersahabat.Memang sangat indah.
Orang kata SAHABAT neh,susah dicari.Betul ke?
Bila berbicara,berbincang,berbahas,bersembang,bercakap dan ngomong tentang sahabat, semua akan beri pandangan,antara yang mungkin kita dengari ialah dialog seperti ini:


"Susah nak cari sahabat neh,bukan senang nak jumpa.Satu daripada berjuta pun susah nak jumpa..."

Takpun,mesti ada kawan perbincangan tuh akan cakap:

"Sahabat??? Ehh,aku dah jumpa sahabat aku.Kau lah.Memang kau laa satu-satunya sahabat aku dunia akhirat.Betul.tak tipu..."

Macam tipuu je neh!


Dua situasi di atas sangat berbeza kan??!

Situasi pertama itu boleh kita klasifikasikan sebagai, seorang kawan yang:
  1. Berkemungkinan memang seorang yang teliti dan susah nak terima kawan sekelilingnya sebagai sahabat.
  2. Berkemungkinan dia merasakan kawan di sekelilingnya masih tidak capai tahap SAHABAT mengikut kriteria penilaiannya yang tertentu.
  3. Berkemungkinan juga kawan-kawannya itu memang selalu buli dia.Memang bukan sahabat.
  4. Berkemungkinan juga dia tidak tahu apa itu sahabat.
  5. Berkemungkinan juga dia memang dari kecik lagi ditanam subur dalam otaknya "Sahabat memang susah dicari..." dan kekal lagi mindsetnya begitu even berderet sahabat yang baik beratur di hadapannya tunggu dia kata "Awak sahabat saya.Saya sayang awak." Haha.Even kawannya dah capai tahap tertinggi dalam ukhwah iaitu melebihkannya berbanding diri sendiri,dia tetap akan cakap, "saya tak jumpa lagi sahabat saya." ***Memang kes tragis!Mindset bawa kesann sangattt!!!Nasiblaa dapat kawan macam neh. =.=

Manakala situasi yang kedua, kita boleh agak-agak,mebi dia jenis kawan yang macam neh:

  1. Memang kaki ampu orang.Bodek aje kerjanya.
  2. Memang dia serious even muka dia macam poyo je.
  3. Memang dia rasa kawan-kawannya dah terlalu baik dengannya dan dia sentiasa rasa rendah diri dan selalu guna ayat neh "Awak baiklaa.Maaf jika saya tak boleh jadi sahabat yang baik untuk awak." ***Zuhud derr.Yang neh mungkin namanya Zahidah.Kehkehkeh.Apapun memang terbaik.
  4. Memang dia confius bila wujudnya kategori teman, kawan dan sahabat.Bila kawannya tanya "Kau rasa aku neh kawan kau atau sahabat kau atau sekadar teman kau je???" Jawapan dia pastinya "Kaulah teman,kaulah kawan dan kaulah sahabat aku dunia akhirat." Si penyoal mebi akan kembang hidungnya dan terangkat di awangan sekejap.Bila jatuh baru dia sedar kawan dia memang tatau beza triple istilah tuh.Huh?!! 
Begitulah segala kemungkinannya.Mebi boleh ditambah lagi jika anda ada pendapat tersendiri ketika berdiri. ***Sila comment.

Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya adalah,sahabat memang susah nak cari.Why??!Weayo??!Q??!
Jawapannya, memang sahabat tuh susah untuk kita cari, bahkan bukan kita je, semua orang di seluruh dunia ini takkan jumpa SAHABAT yang dicari kerana tiada seorang pun yang BERUSAHA untuk menjadi SAHABAT kepada kawannya kerana semua sibuk MENCARI SAHABAT!!!

Alahai cik-c-t...

Kesimpulannya, tak perlu berusaha dari timur ke barat, dari barat ke timur, dari selatan ke utara, dari utara ke selatan untuk MENCARI SAHABAT! Apa yang penting dan LEBIH-LEBIH-LEBIH penting (CRUCIAL-nya) adalah kita perlu BERUSAHA MENJADI SAHABAT kepada kawan kita, teman kita, kenalan kita dan sahabat kita.Begitulaa yerr.
Dalam ukhuwah,tahap yang paling rendah untuk kita praktikkan adalah bersangka baik terhadap kawan kita.Tak perlu rasanya untuk beritahu tahap seterusnya kerana tahap yang paling rendah ini pun dah terlalu mencabar keimanan untuk kita amalkan.Apa-apa hal,bersangka baik terlebih dahulu.Mungkin ada yang kata senang,tapi bagaimana pelaksanaannya?Memang 100% anda boleh lakukan??! Tahniah diucapkan jika anda dah lepas daripada tahap ini.***Apa pun,yang penting USAHA.

"Manusia tugasnya BERUSAHA, NATIJAHNYA di tangan Allah..."

Wallahua'lam.
#Jika ada kesilapan terus tegur.Saya ingin belajar.
#Comment pun boleh,PM pun boleh,DM pun boleh. :)

Saturday, 12 July 2014

Kesilapan dalam Bulan Ramadan

Dalam kemeriahan menyambut Ramadan al-Mubarak, kita terkejar-kejar nak buat amal banyak-banyak.Semua ibadah kita pertingkatkan.Namun dalam sedar atau tidak, kita sebenarnya melakukan banyak kesilapan yang kita sendiri tidak perasan.Kesilapan ini berlaku dalam masyarakat kita sekeliling.Yang jahil dengan kejahilannya,yang arif dengan cara kearifannya.Kadang-kadang kalua kita renungkan balik, kita yang belajar agama ni lagi banyak salahnya.Kita belajar, kita tahu, susah nak tegur orang dan susah untuk kita amalkan.Ini terpalit pada diri saya sendiri.

10 awal Ramadan dah berlalu.Bagaimana dengan amalan kita? Semakin bertambah atau semakin berkurang?Adakah di awal Ramadan saja bersemangat nak buat ibadah? 
Dussshhh.Kena batang hidung.

Credit: Malu dengan diri sendiri

Apa kesilapan yang biasa kita lakukan di bulan Ramadan? 

1. Kita lebih membesarkan ibadah sunat daripada ibadah wajib. Contohnya, dalam hal sembahyang Teraweh dan solat Isya'.Terdapat juga segelintir jenis manusia yang memang bagus dalam istiqamah solat teraweh berjemaahnya di bulan Ramadan.Namun bagaimana dengan solat Isya' dan solat fardhu yang lain yang lebih besar kefardhuannya untuk dilakukan secara berjemaah?Disinilah silap kita orang Melayu neh.Kadang-kadang terdapat juga yang siap-siap solat Isya' di rumah dan jemaahnya di masjid hanya untuk solat Teraweh.

2. Banyak tidur di siang hari. Alasan yang mahsyur dikatakan apabila ditanya kenapa tidur je dari pagi hingga petang adalah "Aku puasa laa.." "Ohh,kau je ke makhluk Allah yang puasa hari ni yerr???" 
Terasa bagaikan atom jatuh di muka. #MaluDenganDiriSendiri
Orang berpuasa sepatutnya lebih bertenaga dan kuat, tu baru tanda orang berpuasa.Ke guaner?

3. Aurat ohh aurat.Bila sebut aurat terus terarah kepada wanita.Betul tu.Tapi bagaimana dengan lelaki?Bila main bola di padang pakai seluar pendek sehingga mendedahkan paha, adakah itu bukan aurat?Tanya apa khabar saudara-saudara kita sekalian.
Ya,memang benar bila sebut aurat,kita pasti sedih teringatkan saudari-saudari seIslam kita sekarang?Memang oldfashion laa bila tengok wanita yang jaga aurat dengan sempurna.Memang kolotlaa.Ketinggalan zamanlaa.Tapi bila kita fikir balik,yang diorang pakai tuh bukan ke lagi ketinggalan zaman dan tersangat kolot?Pakaian Jahiliyyah tu juga yang dikatakan fesyen terbaru. #PelikDalamDiam Hmm...
Kembali kepada tajuk asal di atas,silapnya kita adalah ketika pergi masjid tu,adakah aurat kita terjaga?Stoking2!Baju lengan pendek2! Malam pun pasti dapat dilihat kerana cahaya lampu tu penyuluh kegelapan. Ada faham? #Garu2Kepala 

4. Di saat masa kecemasan nak azan maghrib, dimanakah kita? Ramai yang jawab "Di dapur sedang sibuk dengan persiapan". Huhh? Di situlaa salah kita. Sempatkah berdoa? Sempatkah? Antara waktu makbul doa adalah waktu sebelum berbuka kan? Jangan sibuk sehingga terlepas peluang.

5. Ramai yang puasa tapi tak solat. Betul ke? Ustaz ada menyebut dalam satu tazkirah yang mana ramai yang bertanya kepadanya "Adakah sah puasa jika tak solat?" Susah juga soalan ini. Bab Hukum. Jawapan ustaz adalah 5-1 = 0. Ada faham tak? #Garu2Kepala. Maknanya satu perkara wajib yang kita tinggal akan menjejaskan perkara wajib yang lain. Wallahua'alam.

Peringatan Untuk Semua!!!!
JANGAN JADI HAMBA RAMADAN!!!!!!

Thursday, 27 March 2014

10 ciri Individu Muslim


Salimun Aqidah [Aqidah yang sejahtera]
  • Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad s.a.w sebagai Nabi
  • Sentiasa muraqabah Allah dan memperingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat,istighfar, menjauhi dosa dan syubhat
Sohihul Ibadah [Ibadah yang Benar]
  • Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya
  • Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram
  • Tidak melampau atau berkurang (wasatiah-pertengahan)
Matinul Khuluq [Akhlak yang unggul]
  • Akhlak kita adalah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw
  • Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai’e iaitu:sensitif,tawadu’,benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk, dll
Qadiran Ala Kasbi [Mampu berdikari]
  • Walau kaya perlu bekerja
  • Tidak terlalu mengejar jawatan
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan
  • Memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak terjatuh ke tangan bukan Islam
Mutsaqqafal Fikri [Fikiran yang berpengetahuan]
  • Perlu berpengatahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain
  • Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama’ yang Thiqah
  • Pesan Imam Al-Banna: perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan menjadi pakar dalam bidang yang diceburi
  • Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah,kisah salaf serta mempelajari kaedah serta rahsia hukum yang penting
Qawiyyul Jism [Kuat tubuh badan]
  • Dakwah berat tanggungjawab dan tugas-perlukan badan yang sihat dan kuat
  • Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Mafhum Hadith:Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,tetapi pada keduanya ada kebaikan.
  • Pesan Al-Banna: memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadahdan tidak memakan atau meminum sesuatu yang boleh merosakkan badan
Mujahadah Ala nafsi [Mampu melawan nafsu]
  • Perlu azam yang kuat untuk melawan nafsunya dan mengikut kehendak Islam
  • Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam
  • Dai’e mungkin akan melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan
Munazzamun fi Syu’unihi [Tersusun dalam urusan/berdisiplin]
  • Untuk manfaatkan waktu dengan baik,perlu penyusunan dalam segala urusan
  • Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan Dakwah
Harithun Ala Waqtihi [Menjaga Waktu]
  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka
  • Aku adalah makhluk baru..menjadi saksi kepada manusia
Nafi’un Ligharihi [Bermanfaat kepada orang lain]
  • Dai’e umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain
  • Dai’e adalah penggerak dakwah dan Islam
  • Amal Islam untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan
  • Dai’e merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya bila dapat mengajak seorang manusia kejalan Allah.
‘Supaya diri tidak lupa…’  


Wednesday, 26 March 2014