Jom Berdakwah

Saturday, 12 July 2014

Kesilapan dalam Bulan Ramadan

Dalam kemeriahan menyambut Ramadan al-Mubarak, kita terkejar-kejar nak buat amal banyak-banyak.Semua ibadah kita pertingkatkan.Namun dalam sedar atau tidak, kita sebenarnya melakukan banyak kesilapan yang kita sendiri tidak perasan.Kesilapan ini berlaku dalam masyarakat kita sekeliling.Yang jahil dengan kejahilannya,yang arif dengan cara kearifannya.Kadang-kadang kalua kita renungkan balik, kita yang belajar agama ni lagi banyak salahnya.Kita belajar, kita tahu, susah nak tegur orang dan susah untuk kita amalkan.Ini terpalit pada diri saya sendiri.

10 awal Ramadan dah berlalu.Bagaimana dengan amalan kita? Semakin bertambah atau semakin berkurang?Adakah di awal Ramadan saja bersemangat nak buat ibadah? 
Dussshhh.Kena batang hidung.

Credit: Malu dengan diri sendiri

Apa kesilapan yang biasa kita lakukan di bulan Ramadan? 

1. Kita lebih membesarkan ibadah sunat daripada ibadah wajib. Contohnya, dalam hal sembahyang Teraweh dan solat Isya'.Terdapat juga segelintir jenis manusia yang memang bagus dalam istiqamah solat teraweh berjemaahnya di bulan Ramadan.Namun bagaimana dengan solat Isya' dan solat fardhu yang lain yang lebih besar kefardhuannya untuk dilakukan secara berjemaah?Disinilah silap kita orang Melayu neh.Kadang-kadang terdapat juga yang siap-siap solat Isya' di rumah dan jemaahnya di masjid hanya untuk solat Teraweh.

2. Banyak tidur di siang hari. Alasan yang mahsyur dikatakan apabila ditanya kenapa tidur je dari pagi hingga petang adalah "Aku puasa laa.." "Ohh,kau je ke makhluk Allah yang puasa hari ni yerr???" 
Terasa bagaikan atom jatuh di muka. #MaluDenganDiriSendiri
Orang berpuasa sepatutnya lebih bertenaga dan kuat, tu baru tanda orang berpuasa.Ke guaner?

3. Aurat ohh aurat.Bila sebut aurat terus terarah kepada wanita.Betul tu.Tapi bagaimana dengan lelaki?Bila main bola di padang pakai seluar pendek sehingga mendedahkan paha, adakah itu bukan aurat?Tanya apa khabar saudara-saudara kita sekalian.
Ya,memang benar bila sebut aurat,kita pasti sedih teringatkan saudari-saudari seIslam kita sekarang?Memang oldfashion laa bila tengok wanita yang jaga aurat dengan sempurna.Memang kolotlaa.Ketinggalan zamanlaa.Tapi bila kita fikir balik,yang diorang pakai tuh bukan ke lagi ketinggalan zaman dan tersangat kolot?Pakaian Jahiliyyah tu juga yang dikatakan fesyen terbaru. #PelikDalamDiam Hmm...
Kembali kepada tajuk asal di atas,silapnya kita adalah ketika pergi masjid tu,adakah aurat kita terjaga?Stoking2!Baju lengan pendek2! Malam pun pasti dapat dilihat kerana cahaya lampu tu penyuluh kegelapan. Ada faham? #Garu2Kepala 

4. Di saat masa kecemasan nak azan maghrib, dimanakah kita? Ramai yang jawab "Di dapur sedang sibuk dengan persiapan". Huhh? Di situlaa salah kita. Sempatkah berdoa? Sempatkah? Antara waktu makbul doa adalah waktu sebelum berbuka kan? Jangan sibuk sehingga terlepas peluang.

5. Ramai yang puasa tapi tak solat. Betul ke? Ustaz ada menyebut dalam satu tazkirah yang mana ramai yang bertanya kepadanya "Adakah sah puasa jika tak solat?" Susah juga soalan ini. Bab Hukum. Jawapan ustaz adalah 5-1 = 0. Ada faham tak? #Garu2Kepala. Maknanya satu perkara wajib yang kita tinggal akan menjejaskan perkara wajib yang lain. Wallahua'alam.

Peringatan Untuk Semua!!!!
JANGAN JADI HAMBA RAMADAN!!!!!!

4 comments: